Kisah Nabi/Rasul
• Kisah Nabi isa menghidupkan mayat
• Ismail bantu bapa bina kaabah
• Ishak lahir ketika ibunya lanjut
• Syu`aib dicabar turunkan azab
• Nabi zulkifli amanah, penyabar
• Nabi Yusuf bijak tafsir mimpi
• Mukjizat nabi musa hadapi firaun
• Ratu balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman
• Allah limpahkan rezeki Ilyas
• Nabi Yunus ditelan ikan paus
• Allah makburkan doa Nabi Zakaria
Kisah Teladan
• Kisah membantu jiran dan anak yatim
• Syidatina Fatimah, penghulu wanita syurga
• Balasan bagi penghuni syurga
• Kisah anak membangkang perintah ayahnya
• Kisah berkat membaca bismillah
• Kisah pemuda beribu-bapakan babi
• Dipotong tangan kerana bersedekah
• Taubat ikrimah bin abu jahal
About Me
- Tazkirah
Followers
PANITIA PI
Solat Sunat Hajat
Solat Hajat
Waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau petang
Lafaz niat :
Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar
"Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas
Teruslah lakukan hingga cukup 12 rakaat dan bererti mempunyai 6 salam
Pada rakaat yang terakhir(rakaat ke 12) sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca:
a) Al- Fatihah (7 kali )
b) Ayatul Kursi(7 kali)
c) Baca : (10 kali)
"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa"
d) Kemudian baca:
" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "
Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam.
Solat Sunat Jumaat
---------------------------------------
Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat
Sebelum solat Jumaat dikerjakan dua rakaat solat sunat iaitu setelah Azan sebelum solat fardhu Jumaat
Lafaz niat :
Usolli Sunnatal Jumaati Rak'ataini Qabliyatan,Lillahi Ta'ala.... Allahu Akbar
"Sahaja aku solat Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
Pada rakaat pertama baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas
-------------------------------------------
Solat Sunat Selepas Solat Jumaat
Selepas solat Jumaat disunatkan solat dua rakaat. Setelah wirid dan doa dirikanlah solat sunat selepas solat Jumaat
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal Jumaati Rak'ataini Ba'diyatan Lillahi Ta'ala . Allahu Akbar
"Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Rakaat pertama baca Al-Fatihah dan baca surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas
Hadis Solat
Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"
Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.
Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'
Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"
Hadis 2
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."
Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu:
1.Solat-apabila telah masuk waktunya
2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan
3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya."
Ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam yang mengamalkan perintah Allah dengan bersolat secara menjama'kan solatnya apabila pulang ke rumah hanya dengan alasan mereka dalam perjalanan, berniaga atau bekerja.
Menangguhkan solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu alasan yang kukuh (misalnya uzur) adalah satu dosa besar. Walaupun ia tidak semudharat melengah-lengahkan solat namun berat juga.
Hadis 3:
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".
"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.
Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."
Menerima nasib seperti mereka itu dengan jelasnya menunjukkan azab yang pedih sedang menunggu mereka yang melengah-lengahkan solat. Walaupun yang kafir akan kekal abadi menderita azab, sementara yang beriman akan dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya dibenarkan masuk syurga, namun tempoh azab ini tidak siapa yang tahu, mungkin sampai beribu-ribu tahun lamanya.
Rahsia diwajibkan solat
Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)
Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.
Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.
"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)
Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.
Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.
1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.
"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)
2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.
3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:
"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)
4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)
5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!
"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)
6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.
Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)
Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.
Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.
Kebesaran solat dua rakaat
Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?" Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”
Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."
Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal."
Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:
Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.
Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
Solat
Hadis & Huraian
• Amalan sunat di bulan syaaban
• Elakkan gambar-gambar binatang
• Dengki dan irihati, biarlah pada tempatnya
• Lalat dan penyakit, Rasulullah dan saintis
• Dijauhkan dari neraka 70,000 Musim
• Keutamaan membaca surah Al-Baqarah
• Pelunasan hak di padang mahsyar
• Berdoalah kamu untuk saudara islam
• Yang lebih baik dari pembantu / khadam
• Banyak cara untuk bersedekah
Topik-topik Agama
• Jumaat hari kebesaran umat islam
• 11 jenis manusia didoa malaikat
• Keadaan seseorang ketika sampai ajal
• Penyakit uji keimanan dan kesabaran manusia
• Api neraka padam disirami dengan air mata
• Tiada manusia terlepas dari iblis
• Hikmah berselawat ke atas Rasulullah
• Rasulullah rahmat semesta alam
• Balasan bagi penghuni syurga
• Rasulullah ambik kira pandangan wanita
• Ciri Pemimpin yang di redhai
• Nabi tegur kesalahan secara kiasan
• Rasulullah dihari kebangkitan
• Keliru nazar boleh atau tidak
• Puasa
• Iblis diwaktu sakaratul maut
• Tatasusila berhadapan ibubapa
• Rahsiakan keaiban orang lain
• Nabi Yusuf di penjara krn fitnah wanita
• 10 wasiat iman hassan al-banna
• Dialog Rasulullah dgn syaitan
• Pahala terakhir seorang isteri
• Kebesaran solat & keistimewaan